Pertanyaan Mengenai Hormon

By Marissa Aesthetic - 13 May




Q1) Lazimnya kita hanya bincangkan kehadiran hormon wanita, estrogen, testosterone dan progesterone. Apakah ejen hormon lain yang tidak diketahui wanita? Q2) Bolehkah doktor terangkan tujuan setiap hormon terhadap tubuh wanita?pengaruh keseimbangan dan sebagainya.
A) Antara system yang terpenting dalam memastikan keremajaan dan kesihatan yang baik ialah system hormone.Sistem hormon ialah satu system yang  kompleks  di mana ia berpusat di otak kita .Terdapat satu kalenjar pada otak kita yang penting bagi penghasilan hormone  .ia di namakan  kelenjar pituitary.
Kelenjar ini mengeluarkan hormon yang menjadi signal keatas hormone-hormon lain dalam tubuh kita.Dengan kata lain otak kita memainkan peranan besar dalam mengaktifkan seluruh kalenjar hormon yang lain
Seorang bayi yang baru lahir mempunyai system hormon yang sedang berkembang. Apabila mencapai akil baligh maka system hormon nya di katakan lengkap berkembang . Jumlah hormone yang mencukupi menjadikan tubuh badan segar dan sihat. GH atau growth hormone memastikan seorang kanak kanak berkembang menjadi dewasa .
Hormon yang penting bagi wanita ialah hormone estrogen dan progesterone manakala hormone yang penting bagi lelaki ialah hormone testosteron. Hormon lain ialah hormon adrenal yang memberi tenaga serta mood yang baik kepada kita ,melatonin yang mengawal kitaran tidur serta bertindak sebagai hormon yang menghalang kanser, hormon calcitonin yang menjaga paras kalsium dalam tubuh dan hormone dhea ,insulin dan sebagainya yang mempunyai fungsi menukarkan gula kepada tenaga serta menjana tenaga.
Hormon seperti leptin pula penting bagi menjaga sel lemak..seseorang akan menjadi obese jika leptin nya gagal berfungsi.endorphin dan serotonin ialah bahan bahan yang menyerupai hormon.Kehadiran nya menjadikan otak kita cergas dan mempunyai mood yang  tenang selalu.
Penuaan menyebabkan salur darah halus yang membawa zat serta nutrisi kepada kalenjar hormone menjadi kecut  dan akhirnya tersumbat.Ini membawa kepada kematian sel dan hormone tidak lagi dapat di hasilkan.Ketiadaan hormone memberi kesan yang sangat ketara kepada seseorang.Kulit menjadi kendur, ingatan menjadi kurang, penglihatan menjadi kabur dan seseorang turut merasa tekanan emosi yang berat.
Bagi wanita pula,ketiadaan hormon  estrogen dan progesteron menyebabkan mereka  mengalami menopause .Banyak gejala tidak sihat yang di sebabkan oleh menopause. Gejala ini terjadi kerana hormone yang tiada menyebabkan sel sel tidak mampu berdikari.Banyak sel bergantung kepada hormone bagi meneruskan fungsinya.
Wanita menopause sering megalami kemurungan,masalah tulang rapuh,masalah rambut gugur,kulit berkedut dan pigmentasi ,kulit, gatal gatal pada badan,masalah vagina kering. Masalah ingatan yang berkurangan,masalah keletihan, badan panas dan tekanan perasaan yang kuat.
Begitu juga lelaki yang kekurangan hormon.Apabila usia melebihi empat puluhan tanda tanda andropause mula kelihatan.Lelaki sering megalami keletihan,kurang keupayaan sexual,wajah tampak murung dan perasaan menjadi tidak ceria.Ingatan juga terganggu dan mereka mula di serang masalah jantung pula.
Terdapat juga mereka yang mula di serang gejala kekurangan hormone secara berperingkat peringkat.
Kekurangan melatonin menjadikan kualiti tidur terganggu.Mereka sukar tidur malam dan menganggap keadaan ini adalah di sebabkan masalah psychiatric.Tambahan pula apabila mereka mula merasa tekanan perasaan dan kemurungan lalu ramai yang tampil bagi mendapatkan bantuan dengan mengamalkan ubat sakit jiwa.
Kekurangan calcitonin menjadikan tulang rapuh.kalsium yang di minum tidak boleh masuk kedalam tulang jika tiada hormone ini.
Ini menjadikan tulang rapuh dan pemeriksaan x ray menunjukkan rongga dalam tulang yang besar di namakan osteoporosis.penyakit osteopororsis bermakna tulang yang berongga.tulang ini ringan tidak padat serta mudah patah.
Jika analisis hormone di buat kita dapatlah mengenal pasti gejala ini dengan betul.analisi hormone bermakna kita memeriksa paras hormone dalam darah .selepas itu kita  akan melakukan rawatan berperingkat peringkat bagi meningkatkan aktiviti kalenjar hormone
Dan mengelakkan kelenjar hormone mati.Saya  selalu memberitahu pesakit saya bahawa anggaplah kita membaja pokok. Pokok yang sering di baja dan di siram pastinya hidup lebih lama dan mengeluarkan buah yang banyak dan lebih manis manakala pokok yang langsung di biarkan tumbuh sudah tentu kualiti buahnya kecil kecil dan jangka hayat nya tidak dapat di jangka.
Begitulah kalenjar hormone pada tubuh kita. Kita perlu mengambil berat tentang nya agar ia tahan lama dan boleh sentiasa mengeluarkan hormon bagi kegunaan kita.
Menurut kajian anti penuaan, seorang wanita akan mula mengalami penuaan sistem hormone selepas usia 35 tahun.Pada masa ini hormone nya merosost sekali menjadikan dia mula resah gelisah dan merasa gejala kekurangan tenaga.Pada waktu inilah rawatan pemulihan hormon patut di mulakan.
Lelaki pula mula merosost hormon nya seawal usia 25 tahun. Ini menyebabkan merosostnya stamina mereka .
Mereka yang bersukan mengalami kemerosostan hormon lebih lambat kerana aktiviti sukan menjamin  pengaliran darah yang baik ke seluruh tubuh termasuklah ke organ kalenjar hormon.

Q3) Bagaimana pula dengan pembentukan hormon?
-sejak bila hormon berkembang dalam tubuh
-bolehkah hormon berkurangan atau bertambah
Q4) Apa perbezaan hormon wanita dengan lelaki?
Q5) Bolehkan kekurangan hormon tertentu menjejas perkembangan kesihatan, emosi dan fizikal tubuh wanita?
Q6) Ada tak perubatan untuk gantian hormon?
Q7) Selain perubatan mengawal keseimbangan hormon, apa tips lain disarankan doktor?

Kes 1
Hamidi ialah seorang perokok tegar.Dalam sehari dia merokok sebanyak paling kurang tiga puluh batang.Sejak beberapa bulan lalu Hamidi mencuba untuk berhenti merokok.sejak itu berat badan nya meningkat sebanyak 15 kilogram.Hamidi berasa hairan.dia cuba berdiet dan mengamalkan senaman bagi menurunkan berat badan nya namun tidak berjaya.Lalu Hamidi datang berjumpa saya bagi menyelesaikan masalahnya.Dia takut lama kelamaan dia akan di hinggapi penyakit kronik dan pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesity. Menurut hamidi seorang  sahabat nya sudah terkena kanser .Beliau sangat sedih melihat penderitaan sahabat nya itu dan berasa takut jika terkena nasib yang sama.Hamidi ingin tahu adakah masalah berat badan yang di hadapinya di sebabkan oleh dia berhenti merokok? Adakah benar merokok boleh membuatkan seseorang itu kurus?
Kes 2
Normah pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.Seorang jirannya menyuruh normah mencuba memakan sejenis jamu tradisional yang di import dari Thailand.Menurut sahabat nya Jamu itu boleh membantu mencantikkan kulit.Setelah hampir sebulan mengamalkan nya Normah berhenti kerana sukar mendapat bekalan dari pembekal.Aneh nya setelah beberapa bulan menghentikan jamu, badan Normah pula menjadi semakin berisi.Pada mula nya Normah tidak mengesyaki ada sebarang kaitan di antara pemakanan jamu dan kenaikan berat badan nya .Ini ialah kerana ramai kawan kawan nya berjaya menjadi kurus dengan mengamalkan jamu tersebut.Normah hairan mengapa kesan jamu itu tidak sama di antara individu yang berlainan.
Namun  setelah saya menerangkan kepada nya bahawa terdapat banyak agen agen yang merosakkan hormone kita baru lah Normah faham  akan kaitan nya.Saya memberitahu nya kadar kerosakan hormone tidak sama di kalangan individu yg berbeza.Kilang hormone di dalam badan kita bagaikan sebuah mesin yang aktif bekerja.Kehadiran bahan lain boleh mengganggu kelancaran nya.
Masalah Normah dan hamidi berpunca dari kerosakan system hormone metabolic yang berpunca dari agen perosak hormone .Ia boleh di pulihkan dengan kaedah yang betul.
Tanpa kita sedari kita terdedah kepada ancaman agen agen perosak hormone.Kewujudan agen agen ini di dalam makanan,kosmetik,botol botol plastic ,pembungkus makanan ,racun serangga dan lain lain menyebabkan kita tidak dapat lari dari masalah kerosakan hormone.Kalenjar hormone sangat sensitive dan mudah rosak .
Kesan daripada hormone yang rosak amat perlahan  .Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan sahaja.lalu mereka beranggapan masalah itu adalah di sebabkan penuaan sahaja.Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan.Apabila kerosakan hormone menjadi serious maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara.Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka.
Kerosakan metabolic turut menjejaskan rupa paras dan kulit mereka.Kulit menjadi bertambah gelap dan kering.Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis.Sesetengah nya mula menjadi pelupa dan mudah stress.Hormon yang tidak cukup menjejaskan perasaan menjadikan seseorang mudah marah dan berasa tertekan.
Kerosakan system tubuh  di sebab kan  agen perosak hormone  sangat berleluasa sekali.Ia boleh di jumpai di dalam makanan ,air minuman dan bahan kosmetik yang kita gunakan seharian.Pada peringkat awal pengguna tidak merasa bahana nya kerana ia bertindak seakan akan estrogen namun lama kelamaam fungsi hormone mula merosot.Bayi di dalam kandungan mudah sekali terkena bahaya ini .Apabila lahir bayi ini berkembang menjadi orang dewasa yang merosot fungsi hormone dalam tubuhnya.

Nonylphenol merupakan bahan yang terkandung di dalam pencuci racun serangga .dan bahan plastic.
Phthalates  merupakan bahan yang di campurkan di dalam PVC. PVC banyak di gunakan di dalam pembuatan permainan kanak kanak dan perabot.
•          Dioxins
•          PCB’s (polychlorinated biphenyls) bahan insulator
•          DDT (pembunuh jentik jentik)
•          PBDEs (polybrominated diethyl ethers) .Alat pemadam api
•          Logam berat seperti plumbum cadmium
•          Plant oestrogens, meskipun merupakan bahan semulajadi dalam tumbuh tumbuhan
•          tetap merosakkan fungsi hormone
Semememang nya amat sukar bagi kita mengelakkan dari bahan bahan ini kerana kewujudan nya sangat berleluasa sekali di dalam alam sekitar.Namun pengetahuan berkaitan agen perosak hormone sangat penting terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung di dalam industry seumpama ini.
.Kalenjar hormone boleh lah di ibaratkan sebagai sebuah kilang yang aktif.Apabila terkena agen perosak maka kilang juga menjadi perlahan .kapasiti nya akan merosot.Apabila kita mengukur paras hormone dalam darah kita akan mendapat keputusan yang sangat rendah. Rawatan pemulihan hormone boleh di laksanakan dengan penggunaan  hormone bioidentical
Apabila seseorang menggunakan hormone bioidentical darah nya akan mempunyai kadar hormone yang tinggi.Kilang kilang yang terlalu aktif  tadi  mula berehat.Tempoh rehat ini sangat penting bagi proses baik pulih kalenjar hormone.Bila kalenjar hormone pulih kembali maka penghasilan hormone adalah lebih baik dan penyembuhan mula terjadi.
Proses penyembuhan menjadikan seseorang kelihatan lebih muda ,lebih cergas,meningkatkan kualiti struktur kulit serta menjadikan seseorang tampak lebih segar.Ingatan juga menjadi semakin kuat malahan mata juga semakin pulih dan kelihatan menarik.
Jangkamasa rawatan adalah di antara 3 bulan sehingga beberapa tahun bergantung kepada tahap kemerosostan hormone seseorang.
Seseorang yang sembuh dari kerosakan hormone akan mendapat manafaat yang baik hasil penyembuhan ini.
Dia akan berasa bertenaga seolah olah muda semula.hati juga berasa riang dan tenang serta tahap kesihatan nya turut menjadi lebih baik lagi.Bentuk badan juga akan berubah di mana dia akan tampak lebih segak dan tampan.

Untuk penerangan dengan lebih lanjut sila hubungi kami!!


Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Tel: Dr lin  013-6865869
Wahida 013-6922377
Wani 010-3518484

Marissa Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam. Selangor
Tel: Nora 019-4411484
 Ida 013-3881353

Marissa Aesthetic Kuantan
No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
25200 Kuantan, Pahang
Tel: Miza 013-8151484
Munirah 017-3893615

Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: Misha 013-7441484
Najad 013-5881484

Marissa Aesthetic Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: Dr Helina 013-2281353 
Hidayah 017-6415964

Marissa Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang, 
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: Puan Hana 013-9851484
Zeti 013-3880987

Marissa Aesthetic Senawang
42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya,  Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: Ida 013-8011484
Sue 017-3894748
Hanim 012-5451484

SOHO Kedah
B-2-3, Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.
Tel: Husna 019-4701719
Syaz 017-2321329

Marissa House JB (tmn Dato Onn) 
No 8 Jalan Perjiranan 12/15, Perjiranan 12,
Bandar Dato Onn 
81100 Johor Bahru
Tel: Liza 019-6361484

  • Share:

You Might Also Like

0 comments