Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia akan melalui suatu proses yang di namakan ketosis. Ketosis merupakan proses semula jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada proses penukaran lemak kepada tenaga, ketone dan air. Untuk memulakan ketosis adalah sukar kerana seseorang perlu melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum ketosis berlaku.
Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan jumlah karbohidrat dalam makanan, meningkatkan tahap hormon dan enzim dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga beroleh tenaga yang luar biasa.
Stamina seseorang yang berjaya mencapai tahap ketosis akan meningkat manakala perasaan yang sering murung berubah menjadi riang dan bahagia bagaikan seseorang yang sedang di alam percintaan. Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.
Mengapakah ini terjadi?
Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar. Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.
Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas. Kerana itulah mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi. Secara dasarnya mereka yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone yang tinggi. Profesor saya sewaktu kolej dulu pernah bergurau. Katanya: ”Ahli sukan sentiasa riang dan cergas kerana mereka semuanya mabuk.” Bukankah ketone itu alkohol? Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia membuat kita hilang pertimbangan. Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira .
Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang amat natural. Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku sel tubuh tidak dapat menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.
Aktiviti yang dicadangkan
Pengurangan kalori
1) Pengambilan kalori yang rendah sebanyak 2000 kalori sahaja sehari
2) Kalori mestilah diperoleh daripada protein dan gula fruktosa sahaja (buah-buahan) dan bukan dari karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti.
3) Pengambilan kalsium zink dan potassium yang mencukupi
4) Air yang banyak (Sekurang-kurangnya 4 liter sehari)
Peningkatan hormon dan enzim tubuh
Hormon yang penting adalah semua hormon yang terlibat secara langsung dalam metabolisme lemak seperti hormon pertumbuhan insulin glukagon dan tiroid. Di klinik saya suplemen diberikan bagi membantu mempercepatkan peningkatan hormon. Apabila pesakit berkunjung mereka diberikan satu set soalan yang akan menjadi takat rujukan saya membuat analisis hormon yang berkurangan. Pemeriksaan darah juga boleh dibuat bagi menguji ketepatan analisis. Hormon disukat dengan kaedah radio amino assay. Ia adalah kaedah yang mengaplikasikan radioaktif untuk menyukat jumlah hormon dalam tubuh kita. Terapi hormon bukanlah sesuatu yang baru. Terapi ini menambahkan hormon dalam darah kita. Bila hormon cukup ia dapat melakukan tugasnya dengan berkesan bagi menjamin kesejahteraan tubuh kita.
Peningkatan enzim
Enzim bermaksud katalase iaitu bahan yang mencernakan lemak. Tidak seperti enzim dalam perut, enzim yang memecah lemak lebih kecil molekulnya dan aktivitinya bergantung kepada suhu tubuh. Cara yang terbaik bagi memastikan suhu tubuh meningkat adalah dengan bersenam. Pergerakan otot akan membuatkan tubuh memanas dan enzim mula bekerja dengan aktif. Jika kita duduk selama 20 minit atau lebih tanpa aktiviti seluruh otot akan mula berehat dan mengalami penurunan suhu pada sel-sel. Tetapi jika kita bangun dan melakukan aktiviti, ia memanas semula. Dengan itu jalan terbaik untuk meningkatkan enzim adalah dengan bergerak dan bergerak. Jika anda bekerja pejabat dan perlu duduk, sentiasa pastikan anda bangun dan berdiri setiap 20 minit.
Senaman
Setelah mencapai tahap ketosis anda harus meneruskan aktiviti bersenam selama 20 minit setiap hari bagi memanaskan badan. Di samping itu dapatkanlah nasihat bagaimana meningkatkan tahap hormon dan enzim tubuh anda dari pakar yang berkenaan. Jika tubuh kekurangan hormon dan enzim maka sukarlah untuk hapus lemak degil dan segala usaha anda menjaga kalori dan bersenam menjadi sia-sia.
Oleh kerana ramai pembaca yang berada terlalu jauh dari pusat saya di Semenyih, saya senaraikan beberapa pusat yang sudi memberi bantuan sama ada rawatan atau kaunseling bagi membimbing anda cara menurunkan berat badan dengan bijak dan berkesan. Kami menyokong hasrat anda menurunkan berat badan dengan kaedah saintifik.
Untuk penerangan dengan lebih lanjut sila hubungi kami!!
Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Tel: Dr lin 013-6865869
Wahida 013-6922377
Wani 010-3518484
Marissa Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam. Selangor
Tel: Nora 019-4411484
Ida 013-3881353
Marissa Aesthetic Kuantan
No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
25200 Kuantan, Pahang
Tel: Miza 013-8151484
Munirah 017-3893615
Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: Misha 013-7441484
Najad 013-5881484
Marissa Aesthetic Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: Dr Helina 013-2281353
Hidayah 017-6415964
Marissa Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang,
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: Puan Hana 013-9851484
Zeti 013-3880987
Marissa Aesthetic Senawang
42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya, Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: Ida 013-8011484
Sue 017-3894748
Hanim 012-5451484
SOHO Kedah
B-2-3, Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.
Tel: Husna 019-4701719
Syaz 017-2321329
Marissa House JB (tmn Dato Onn)
No 8 Jalan Perjiranan 12/15, Perjiranan 12,
Bandar Dato Onn
81100 Johor Bahru
Tel: Liza 019-6361484
0 comments