Kesan Diet Ke Atas Kulit

By Marissa Aesthetic - 14 May


Tidak dapat dinafikan faktor Kecantikan kulit dan tubuh badan amat penting bagi wanita .Seseorang wanita yang memiliki kulit halus dan susuk tubuh menarik kelihatan yakin  meningkatkan keterampilkan sekaligus menjadikan seorang wanita tampak anggun dan berpersonaliti.
Kecantikan perlu di jaga dan di pupuk . Sejak zaman dahulu lagi petua petua kecantikan dibisikkan ke telinga anak anak gadis.ARANG didapur dijadikan pemutih gigi,beras yang di rendam dilumur ke muka menjadikan wajah bersih dan berseri.Putih telur pula di jadikan masker yang membuang noda pada kulit sekaligus menegangkan kulit kita.
Kulit  anda
Semasa bayi setiap dari kita di kurniakan kulit yang lembut dan licin.Namun apabila mencecah usia 20Han ke atas berapa peratuskah dari kita yang Berjaya mengekalkan   kulit sehalus sutera anugerah ilahi ini?
Mengapakah terjadi begini?
Kulit merupakan organ terbesar dalm tubuh seorang manusia. Ia adalah tisu yang hidup.Setiap tisu hidup perlu di jaga dan belai bagi memberikannya kesegaran dan keindahan agar ia tampil bermaya sentiasa.Kulit yang tidak dijaga sudah tentu akan kusam dan kelihatan lesu tidak bermaya..ibarat pokok yang tidak di siram dan di baja.Lama kelamaan pokok ini akan kering dan mati begitu sahaja.Pada waktu itu sebarang usaha pemulihan akan sia sia sahaja.
Begitulah juga kulit kita.Usah biarkan ia tanpa penjagaan.jika terbiar lama sukar bagi kita memulihkannya.
Adakah anda sedar bahawa kulit merupakan suatu organ yang terbesar didalam tubiuh manusia.Ia juga merupakan organ yang  kuat bekerja untuk kita.Apabila anda melihat struktur kulit di bawah mikroskop anda akan faham proses yang di alami oleh kulit kita setiap waktu.Anda akan melihat proses yang di lalui oleh kulit demi menjaga dan memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat dan selamat.
Anda pasti terpegun dengan keajaiban yang dianugerahkan tuhan ini
Kulit mempunyai tiga lapisan iaitu epidermis dermis dan tisu subcutaneous yang berlemak
Epidermis
Lapisan paling atas yang nipis.ketbalan nya berbeza beza mengikut kedudukannya.misalnya epidermis pad tapak tangan  pdan kaki lebih tebal berbanding epidermis kulit pada meratasuka.yang paling nipis ialah epidermis pada kelopak  mata kita.
Epidermis terbentuk daripada beberapa lapisan/lapisan teratasd sekali di panggil stratun corneum
Stratum corneum di penuhi sel sel mati yang akan di singkirkan setiap hari.Sel sel yang di singkir ini amat halus dan sukar di lihat oleh mata kasar.Ada kalanya ia banyak dan di lihat seperti kulit mengelupas.
Lapisan kedua ialah lapisan malphigian.Ini adalah lapisan sel sel separuh matang ia mengeluarkan sel sel bagi lapisan teratas.Sel melanocytes merupakan sel yang mengeluarkan warna kulit.Warna kulit yang gelap terhasil apabila kita berjemur di bawah matahari kerana sel melanocyte akan menjadi aktif apabila terkena pancaran matahari.Sebenarnya ini adalah proses pertahanan kulit kita terhadap ancaman matahari,
Lapisan ketiga ialah dermis,Ia mengandungi protein di panggil kolagen yang memberikan keanjalan kulit.Ia merupakan satu tisu kompleks yang mengandungi salur darah,lymphatic,saraf,kalenjar kalenjar,sel sel rambut dan pelbagai sel lain yang berfungsi dengan unik bagi menstabilkan kulit.
Lapisan yang paling bawah ialah lelemak pada kulit.
Kalenjar kalenkar pada kulit
Terdapat 3 jenis kalenjar pada kulit
1)kalenjar apokrin
Taburannya pada kawasan berambut seperti ketiak dan genitalia
Ia mengeluarkan bau badan seseorang
2)kalenjar sebaceous
Mengeluarkan sebum dan pelincir tubuh.Taburannya pada seluruh tubuh kecuali pada tapak tangan dan kaki.
3)kalenjar ekrin
Kalenjar peluh yang berfungsi menseimbangkan garam dan air dalam badan kita.
Apakah fungsi fungsi kulit terhadap kita?
1 memastikan suhu tubuh kita sesuai dan selesa
2menghalang kemasukan kuman dan racun ke dalam kulit kita
3menghalang kehilangan air yang banyak dari tubuh ke udara
4organ perkumuhan yang mampu membuang bahan toksik melalui perpeluhan
5secara physiologi kulit merupakan organ sentuh yang penting.Bayangkan seorang yang buta.Dia menggunakan deria sentuhnya untuk mengesan dan merasa.Begitu juga dalam menunjukkan kasih sayang.Nikmat yang di rasai dengan sentuhan akan mewarnai kehidupan kita.
Jenis jenis kulit
Kebiasaannya kulit kita adalah jenis campuran.Namun untuk memudahkan kita memahami ragam kulit kita akan mengkelaskannya.
Kulit normal
Kulit yang segar dan kelihatan kemerahan .pori porinya kecil dan kelihatan segar.
Kulit jenis ini tidak banyak masalah.
Kulit kering
kulit jenis ini sering kering dan kadang kala pecah di bibir dan pipi.pori pori tidak kelihatan memandangkan kalenjar sebaceous yang mengHasilkan kelembapan kulit tidak banyak.justeru itu ia memerlukan krim dan bantuan melembabkannya.
Kulit berminyak
Kulit kasar dan berkilat.kalenjar sebaceous terlalu aktif dan pori pori nya kelihatan besar.Kulit jenis ini memerlukan penjagaan rapi.
Kulit kombinasi
Kebanyakan kita memiliki kulit kombinasi.bahagian tengah muka dahi,hidung dan dagu berminyak dan tampak kasar manakala bahagian lain akan kelihatan halus dan licin.
Ph kulit
Ph bermaksud keasidan sesuatu .apabila sesuatu bahan itu tidak terlalu berasid atau pun terlalu beralkali ia di panggil neutral.
Ph  yang bernilai 7 ialah ph normal manakala ph bernilai kurang dari 7 ialah berasid.ph yang melebihi 7 ialah beralkali.
Ph  kulit yang normal ialah dari 5.2 to 6.ini bermakna kulit kita adalah sedikit berasid.asid terhasil daripada sebum, peluh dan keratin.
Tindakan kulit dan alam sekitar
Kulit dan alam sekitar berinteraksi setiap hari.kelembapan kulit bermaksud air yang terdapat dalam kulit kita.kehadiran air yang melembabkan kulit  membuatkan kulit tampak muda dan menarik.namun air mudah hilang dari kulit kita sentiasa di gantikan semula dari lapisan yang paling bawah.
Kelembapan kulit
Kelembapan kulit Berjaya di kekalkan dengan adanya sejenis sel yang mampu melekat pada air.Sel ini mempunyai cas eletrik yang menarik molekul air padanya.justeru itu apabila kita membasuh muka air melekat pada kulit muka kita.Sebum yang terhasil juga memiliki lapisan lemak yang menghalang air daripada menjadi wap.
Apabila kita berada di tempat yang sejuk dan tiada wap air(dalam bilik ber aircon) air dari kulit kita cepat tersejat ke udara. kadar kehilangan  air yang terlalu cepat menyebabkan tidak sempat untuk air yang hilang di gantikan semula.
Ini memberi kesan kulit yang kering dan merekah.kulit yang pecah merekah menyakitkan dan perlu di beri rawatan.
Tenaga matahari juga memainkan peranan dalam kecantikan kulit.matahari memancarkan cahaya yang pelbagai jarak gelombang.jarak gelombang pendek  dimiliki oleh cahaya ultra ungu .terdapat dua jenis cahaya ultra ungu iaitu a dan b.
Masalah akibat cahaya ultra ungu
Ultra ungu jenis b meningkatkan pigmentasi pada kulit .kesan kesan lain ialah kulit menjadi tebal .ketebalan kulit ini merupakan mekanisma semulajadi yang member ketahanan daripada kerosakan.
Mereka yang berkulit gelap lebih tahan menghadapi gejala yang di sebabkan matahari.jika anda berkulit cerah anda harus awas dengan kesan matahari dan selalu gunakan pelindung seperti krim anti uv dan penutup muka.
Apabila usia kita meningkat kulit akan mula berubah .penghasila kolagen dan bahan pengisian semula jadi akan hilang.namun teknologi terkini membolehkan anda memuluhkan kulit dengan pancaran laser dan filler.laser akan meransang pengeluaran kolagen baru manakala filler pula mengisi ruang kosong ,Filler terbaru di perbuat daripada hyaluronik asid  dan menyerupai protin dalam kulit kita,
Kesan diet anda ke atas kulit anda
Adakah anda menginginkan kulit yang sihat dan cantik?
Jika ya maka anda perlulah mengambil diet yang memberikan khasiat kepada kulit .Diet yang di maksudkan mestilah kaya dengan vitamin mineral dan protein.tidak ada satu diet sahaja yang lengkap sebaliknya diet yang sesuai mestilah mengandungi segala keperluan kulit.
Tidak berbaloi untuk menahan diri dari makan kacang atau chocolate semata mata un tuk megelakkan dari kulit berminyak.tidak juga berbaloi hanya makan timun dan salad sepanjang hari di sebabkan ingin cantik.
Antara vitamin terpenting untuk anda ialah vitamin a,c,d dan e.bila vitamin berkurangan atau tidaawatk mencukupu seseorang akan tampak tua dan lebih gelap.
Vitamin a merupakan vitamin terpenting untuk kulit dan mata anda.contoh contoh terbaik makanan yang kaya dengan vitamin a ialah minyak ikan kod,hati,karot,bayam,susu,dan telur kuning,
Jika seseorang kekurangan vitamin a,kulit menjadi kering dan berjerawat.
Bibir seseorang yang kekurangan vitamin a juga akan tampak hitam dan matanya tidak terang terutama pada waktu malam.
Vitamin c yang sering terdapat dalam buah buahan jenis limau member kesihatan kulit yang baik dan mengelakkan jangkitan.
Selain dari vitamin adalah penting bagi seseorang mengambil garam mineral seperti zat besi dan zink yang mencukupi.ia memberi perlindungan dan keteguhan pada kulit.
Bagaimana dengan jenis  minuman seharian ?adakah minuman yang kita amalkan seharian seperti teh kopi menjejaskan kulit?
Sebenarnya minuman berkafein akan membuka salur darah ke kulit menjadikan membuat kulit kelihatan cantik kemerahan.
Namun apabila terlalu banyak salur darah terbuka ia akan membentuk kesan bebenang darah yang mencacatkan penampilan kita.justeru itu elakkkan minuman beralkohol yang membuka salur darah dengan banyak.
Sesetengah makanan mencetuskan alahan dan eczema pada kulit.makanan yang berproptin tinggi perludi elakkan oleh mereka yang memilii masalah eczema yang teruk.Eczema merupakan masalah dalam darah kita.pengidap eczema biasanya mewarisi genetic ini dari ibu bapa atau datok mereka.
Krim dan losen  pelindung matahari bekerja dengan menghalang cahaya ultra ungu dari sampai ke sel kulit.cahaya itu di tapis dan di pantulkan semula ke atmosfera,dewasa ini terdapat banyak jenis formulasi yang baik.pilih lah jenis oil free bagi mereka yang mengalami kulit berminyak.
skin toilet
kebersihan kulit perlu di jaga setiap masa.adalah penting untuk mencuci muka setiap pagi dan malam dan membuang segala kosmetik sebelum tidur untuk memastikan pori pori tidak tersumbat dan sel sel boleh bernafas .
sebelum mengenakan mekap adalah baik untuk kita mencuci muka terlebih dahulu.ia akan memberikan kesan yang cantik bila bermekap.
Berapa kerapkah perlu mencucui muka kita?ini bergantuglaH KEpada jenis kulit.kulit normal atau kering memadailah 2 kali sehari namun bagi kulit berminyak di syorkan membersihkan kulit sebanyak tiga kali sehari.
Apakah bahan pencuci muka yang sesuai
Benarkah sabun mandi akan merosakkan kulit uka?sebenarnya tidak.sabun mandi juga boleh membersihkan kulit muka dengan baik .namun bagi anda yang gemar mnengenakan solekan tebal sudah tentu anda memerlukan pencuci yang lebih efektif tindakannya.selepas menggunakan pencuci pastikan kulit anda di bilas dengan sebersih bersihnya.
Sabun yang tertinggal akan menarik dan bergabung dedngan debu dan siss a mineral.dan ini akan menjejaskan kualiti kulit dan membentuk pigmentasi yang menjejaskan kulit kita.
Sabun yang terlalu kuat juga menghilangklan minyak semulajadi pada kulit lalu menjadikan kulit kita kering.hal ini bolehlah di atasi dengan menyapukan krim dan pelembab.
Apakah jenis sabun yang baik untuk kulit kita.disini saya senaraikan jenis sabun dan pembersih muka /semoga anda dapat membuat pilihan yang bijak dengan memahami kandungan  dan  kelebihannya
A)sabun berubat
Ubat yang di campurkan biasanya ialah jenis anti septic,anti fungal ,atau pun sabun mengandungi sulfur.Biasanyua doctor akan menyarakan sabun jenis ini sebagai pembersih jika anda mengalami masalah kulit seperti fungus atau virus chicken pox.Pada masa ini terdapat kuman tertentu yang perlu di matikan dengan cepat.penggunaan sabun jenis ini biasanya sementara sahaja.bila keadaan kulit sudah pulih anad tak di galakkan menggunakan nya terus menerus
Ph soap
Jarang sekali doctor mencadangakan sabun  jebis ini.sabun ini yang paling sesuai bagi mereka yang bermasalh kulit terlalu kering dan eczema.
Sabun pelembab
Sesuai bagi kulit kering namun sabun pelembab yang baik ialah superfatted soaps iaitu sabun yang tidak akan menjejaskan bahan pelembab semula jadi pada kulit kita.
Sabun transparent
Tidak ada bezanya dengan sabun biasa
Perfumed soap
Berbau wangi namun ada kalanya anda mendapat alahan kerana pewangi tersebut
Dewasa ini pencuci muka turut mengandungi acid lembut seperti lactic atau lactobionoc yang mampu mencerahkan warna kulit.glycolic acid juga merupakan asid lembut yang mampu menceriakan kulit kita.
Epimicrodermabrasion dan micro dermabrasion
Ini ialah proses membuang selapis kulit mati yang paling atas dan membantu pertumbuhan kulit kulit baru yang LEBIH BAIK dan lebih cantik.
Saya menggunakan mesin penyedut lembut untuk tujuan ini.proses ini mampu menyahkan parut parut lama pada kulit dan jika di lakukan sebulan sekali secra bernsur ansur anda akan nendapat kulit yang lebih segar kicin dan halis
Pelembab kulit
Pelembab kulit merypakan bahan kosmetik yang  boleh mengurangkan kehilangan air dari kulit kita.ia adalah campuran air dan bahan berminyak yang mambpu memegang air.jadi pilihan yan g tepat ialah dua jenis pelembaba
1)pelembab jenis air dalam minyak
2) pelembab jenis minyak dalam air
3)pelembab tanpa minyak
Bagaimana memilih pelembab muka yang sesuai untuk anda
Mula mula anda harus membuat analisis sendiri apakah jenis kulit  muka anda .PELEMBAB jenis minyak dalam air sesuai bagi mereka yang berkulit normal dan berminyak.bagi yang berkuliut berminyak pilih lah jenis air dalam minyak.
Pelembab tanpa minyak sesuai bagi kulit yang berjerawat
Tabiat menggunakan pelembab baik untuk kulit kita .ia menghalang kehilangan air ke persekitaran.ia menghalang habuk dan debu dari terus melekat ke pori pori muka dengan membentuk satu lapisan pelindung.kesan matahari ,kesan dingin dan panas juga dapat di kurangkan.
Terdapat banyak pengusaha kosmetik yang memasukkan pelembab ke dalam produk pelindung matahari.ini adalah lanhkah yang baik kerana ini memudahkan pengguna.vitamin.protin collagen dan hormone di masukkan ke dalam krim bagi meningkatkan kualitinya.
Urutan muka merupakan satu teknik yang di amalkan sejak zaman berzaman lagi.teknik mengurut muka ini menjadikan wajah tampak lebih cantik kerana ia mengerakkan otot muka dan melancarkan perjalanan darah pada kulit muka.untuk mendapatkan wajah cantik anda boleh melakukan urutan muka sendiri tanpa perlu berhabis banyak wang .
Selepas urutan tibalah masa untuk memakai masker
Terdapat pelbagai jenis masker di pasaran yang boleh di beli untuk di pakai di rumah.kebanyakan di buat dari tanah liat,fullers earth (tanha liat yang mengandungi(aluminium silica)
Kaolin,namun anda boleh membuat face mask sendiri dari oats,timun ,tomato,dan cuci kan kulit muka dengan jus dari limau.
Disini saya memberi contoh contoh cara membuat masker mengikut jenis kulit
Kulit berminyak
Campurkan 2 sudu kecil fullers earth dengan 2 sudu kecil air mawar yang pekat.sapukan pada kulit muka kita .biarkan kerind .biasanya dalm 20 minit akan kering.
Lakukan seminggu sekali.
Hasilnya kulit akan tampak berseri dan tiada kesan minyak
Untuk kulit kusam dan bernoda
Campurkan 3 sudu kaolin dengan setengah sudu air mawar glyserin dan tincture iodine.sapukan ke seluruh muka dengan berus.tinggalkan selama 30 minit.
Tonik untuk kulit berminyak
Putarkan sebiji telur sehingga ia menjadi pekat.campurkan sesudu madu.akhirnya campurkan sesudu limau.sapukan ke seluruh muka dan leher selama 10 minit.
Skrub untuk kulit berminyak
Campurkan sesudu oat atau bran dangan sepertiga sudu kecil yis dan 1 sudu jmus lemon bersama sama sesudu air.oleskan ke muka selama dua minit.basuhkan selepas 2 minit dengan air suam.
Untuk kulit normal
Ambil sebiji buah avocado yang masak ranum. Campurkan sesudu minyak jagung atau minyak bunga matahari ke dalamnya.sapukaN ke seluruh muka.selama 10 minit,
Tonik untuk kulit normal
Ambil setengah biji timun dan campukan dengan yougurt setengah cawan.blend bersama sama dan sapukan ke seluruh muka
Untuk kulit kering, Anti aging mask
Oatmeal 2 sudu besar di campurkan dengan setengah cawan susu.masakkan di atas api sehingga masak .masukkan 2 sudu the minyak zaitun.kacau rata dan sejukkan.sapu ke seluruh muka selama 25 minit setiap hari.dan selepas itru 2selang sehari,
Untuk kulit kering tonik
Ambil sebiji telur dan di pikiul sehingga kembang.campurkan madu sesudu dan minyak jagung sesudu.sapukan selam 20 minit ke muka dan bilaskan.
Masalah dan pathology kulit
Masalah yang sering melanda kulit ialah masalah kulit kering,jerawat,bisul,ketuat,dan alahan
Dengan memahami punca masalah mudah bagi kita mencari jalan penyelesaiannya itu.
Kulit kering
Kulit kering yang teruk pasti mengundang maslah kerana kulit mudah pecah,merekah dan berasa sakit.adakalanya masalah ini adalah disebabkan factor genetic  iaitu di warisi dari ibu bapanya.
Factor factor lain yang membuat kulit kering ialah pendedahan terhadap cuaca yang terlalu kering dan sejuk,angin yang terlalu kencang,terlalu panas,secara amnya apabila usia kita meningkat kulit akan semakin kering dan kehilangan kelembapan semulajadinya.
Rawatan kulit kering gunakan minyak dan pelembab selepas mandi.sabun pelembab juga boleh di gunakan
Jangan berendam atau berenang terlalu lama
Gunakan sarung tangan sentiasa bila mengendalikan bahan kimia atau sabun
Limitkan penggunaan air con
toner kulit
toner kulit di buat daripada alcohol dan air.selain itu ia mengandungi camphor,glycerine,boric asid,air mawar dan alum.alkohol yang di maksudkan ialh bahan pembersih yanh mempunyai rangkaian molekul OH .
masalah kulit
semenjak bayi lagi kita tidak boleh lari dari di ganggu masalah kulit.
Antara masalah yang sering mengganggu bayi ialah masalah kulit kering dan ruam lampin.bayi juga sering di serang kulat pada pipi (ruan susu)
Setelah meningkat remaja pula masalah jerawat ,panau,ketuat,bisul ketimbit pula terjadi.
Apabila kita memahami kenapa penyakit sebegini berlaku akan mudah bagi kita untuk menanganinya.
Kulit kering
Masalah kulit kering yang serius di panggil icthiosis.Ia terjadi kerana ketakstabilan hormone dalam darah.adkalanya penyakit ini tersebar secara genetic(keturunan)
Bahagian yang sering di serang ialah lengan dan betis.kulit menjadi sangat kering hingga menmgelupas.pesakit seting mengadu tak tahan gatal dan berdarah bila di garu dengan kuat
Oleh kerana kulit sebegini amat lemah anda mudah mendapat jangkitan kuman terutamanya fungus.
Rawatan terbaik ialah dengan krim mengandungi hormone.krim di sapukan pada waktu malam sahaja.pada waktu siang anda di beri pelembab.jika didapati terdapatnya masalah fungus maka anbti fungal akan di berikan.
Mereka yang berkulit kering di nasihatkan berhati hati dalam menggunakan sabun .selepas bersabun teruskan menyapu pelembab dan moisturizer.jangan berendam terlalu lama.gunakan sarung tangan yang sesuai apabila anda memegang bahan mengandungi kimia atau pun sabun,dan elakkan daripada duduk di tempat berhawa dingin yang terlalu k,uat.
Masalah jerawat
Jerawat boleh lah di anggap sebagai bisul bisul kecil yang menyerang kulit muka atau badan.kuman jerawat terdiri daripada jenis corynebacterium yang berbentuk koma.kuman ini membina rumahnya di dalam epidermis.ia mengeluarkan enzim yang mampu menghancurkan epidermis dan membolehkannya membiakhingga ke dermis.apabila ini berlaku ia meninggalkan parut yang dalam dan menghodohkan.
Jerawat yang teruk menimbulkan social stigma kerana ia menyebabkan kulit berparut teruk dan mengubah rupa seseorang.seseorang gadis atau pemuda yang lawa akan kelihatan tidak menarik jika di hinggapi jerawat.
Kuman jerawat muadah hidup apabila sebaceous gland menjadi aktif.oleh itu seseorang yang mempunyai banyak hormone androgen mudah terkena jerawat.hormon androgen meransang pengeluaran sebum dari kalenjar sebaceous.
Proses pembentukan jerawat
Sebum yang banyak terhasil akibat daripada lebihan androgen/sebum yang banyak menyebabkan pori pori tersumbat dan blackhead dan white head terhasil.corynebacterium akan mula membiak .jerawat akan terhasil,
Rawatan
Rawatan antibiotic merupakan yang terbaik bagi menghilangkan jerawat.antibiotik jenis doxycyclin, tetracycline merupakan yang terbaik.
Retinoic acid dan benzyl peroxide juga merupakan agen yang penting.
Selain itu kita boleh gunakan losyen erythromycin dan azelaic asid
Di klinik saya saya sring melakukan rawatan chemical peeling yang baik bagi membunuh jerawat.
Saya menggunakan tca (trichlororetinoic asid) untuk tujuan itu.
Rawatan ini hanya boleh di lakuakan di pusat pusat kulit yang bertauliah sahaja kerana ia memerlukan ketepatan .
Ubat yang mengandungi hormone juga perlu di gunakan jika jerawat itu sukar di kawal.
Satu lagi ubat yang penting dalam mengubati jerawat ialah isoteretinion,
Berjumpalah pakar anda untuk mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai jerawat.
Kisah jerawat
Pada suatu hari saya didatangi oleh seorang wanita muda. Dia memakai tudung hitam menutupi hamper seluruh mukanya.
Saya mempersilakannya duduk dan mula berbual bual  dengannya .
Namanya Cik Wati seorang guru sekolah rendah.Cik Wati menceritakan kepada saya perihal masalah jerawat yang di tanggungannya.
“Dah lama doctor,sejak saya sekolah lagi.Dah macam macam ubat saya cuba tapi tak berhasil pun.Parut nya pun teruk.Saya malu dengan keadaan muka saya.”
Melihat cara dia duduk dan wajahnya yang sentiasa tunduk,saya rasa cik wati seorang yang   pemalu dan kurang keyakinan diri.
“Saya hilang keyakinan diri.Saya malu nak bertemu orang.Kalau boleh saya nak tutup muka saya agar jangan sesiapa pun tengok.Murid murid saya pun tegur kenapa cikgu hodoh sangat?Saya tak salahkan mereka pun.Saya mengajar sekolah rendah.budak budak tu bukannya fahamapa apa.Mereka terlalu jujur dengan komen mereka.”
Saya memberitahu wati supaya jangan risau lagi.Masalah wati akan selesai.
Saya memulakan rawatan bersiri untuk beliau.Wati di berikan antibiotic doixy cyclin selama sebulan.saya melakukan rawatan glycolic peel kepada wati dan memancarkan lampu bioptron selama 10 minit kewajahnya.
Saya meminta wati datang lagi selepas 2 minggu.
Selepas 2 minggu wati dating lagi saya dapati jerawat batu yabg besar sudah pun kecut.ternyata rawatan yang di buat memberikan hasil yang positif.
Kali ini saya hanya menyarankan rawatan bioptron sahaja.
Selepas sebulan wati sudah pun menunjukka perubahan yang ketara.selepas 3 bulan wati mula mengubah penampilannya.
Beliau mengenakan tudung yang cantik dan tidak lagi menundukkan wajahnya bila berbicara.Dengan tenang beliau bertentang mata dengan saya tiap kali berbicara.
Saya merasa gembira melihat perubahan gadis ayu ini.Saya bersyukur sesi rawatan kami Berjaya memulihkan wajah dan semangatnya.Guru muda ini ternyata bangkit dari stigma yang di hadapinya.
Sesi rawatan kami yang intensive berakhir setelah 6 bulan.Bagi saya ini adalah suatu perjuangan yang berakhir dengan kemenangan di pihak kami.
Selama enam bulan kami  bersama sama memerangi satu musuh yang menggerunkan pengidapnya.Bagi saya ini adalah perjuangan kami .Keyakinan wati terhadap  saya menjadi perangsang kepada saya.Kami bagaikan aur debgan tebing.
Enam bulan bukanlah tempoh yang singkat.Dan saya menghargai wati yang tanpa ragu ragu mengunjungi saya bulan demi bulan. 
Selama enam bulan itu juga saya dapat menyelami jiwa  wati yang sebenar dan sudah pastinya kasih sayang dari seorang doctor dan pesakitnya terjalin.Wati mengajar saya  erti kesabaran dan tanpa jemu jemu berusaha.
Leukoderma
Leukorderma bermaksud kulit menjadi putih dan kehilangan warna sedikit demi sedikit.
Vitiligo merupakan suatu keadaan di mana kulit kehilangan warna sedikit demi sedikit .
Tiada siapa yang tahu sebab sebenar masalah ini.Teori menyatakan ia di sebabkan oleh masalah antigen dan antibody.
Rawatan terbaik ialah suntikan steroid .berjumpalah dengan doctor segera jika anda mengidap masalah ini.
Tahi lalat
Tahi lalat merupakan sel sel melanin yang berkelompk.ia boleh jadi berwarna gelap atau pun kelihatan kemerah merahan.ia boleh jadi licin dan berbentuk bulat mahu pun berbonggol tanpa bentuk yang tetap.ia mungkin juga iberbulu,taburannya boleh berada di mana mana sahaja bahagian tubuh kita samaada di badan belakang atau muka kita.kebanyakan kita mempunyai 15 atau 20 tahi lalt di seluruh tubuh kita.
Kebanyakan tahi lalat tidak merbahya namun terdapatmbab  juga jenis tahi lalt yang boleh membesar menjadi kansr jika di biarkan tanpa rawatan.
Tahi lalat jenis ini biasanya cepat membesar dan berdarah bila di sentuh.
Stretch marks
Stretch mark atau striae merupakan kesan pemecahan sel sel elastic pada kulit kita.apabila kita membesar dan kulit pecah maka ia menjadi stretch mark
Wanita hamil sering mengalami masalah ini.
Adalah di nasihatkan menyapau pelembab atau minyak bagi mengatasi masalah ini.
Eczema dan alahan kulit
Eczema dan alahan adalah penyakit yang di warisi dari turun temurun.Genetik bagi gejala ini di sebarkan melalui kromosom iaitu sel genetic kita.Dari itu pengidapnya tidak dapat di ubati .Sebaliknya kita harus mengetahui trigger factor yang menyebabkan penyakit ini tercetus.
Terdapat trigger factor yang di kenal pasti sebagai pencetus seranfan eczema
1protein tinggi dalam makanan
2habuk
3terlalu sejuk
4terlalu panas
5jenis toksin pada ubat ubatan
6jenis logam yang bersentuh pada kulit
7bakteria
8fungus
9virus
10gigitan serangga
Rawatan
Ubat ubatan mengandungi steroid ,antibiotic dan immune system modulator.
Teknologi dalam kosmetik memboleh kan seseorang itu meningkatkan yang kecantikan diri mereka.
Contoh contoh rawatan kosmetik yang mudah dan boleh di lakukan di klinik sahaja
a)hidung di mancungkan 
b)serdev menaikkan pipi
c)botox menghilangkan kedutan
d)soprano laser membuang bulu roma
e)pembentukan semula perut dengan menghapuskan lemak
Teknologi filler
Filler membolehkan ruang kosong diisi dan tampak gebu semula.kesan penuaan menyebabkan lemak semulajadi pada muka kita hilang .wajah tampak tua dan kecut.
Hyaluronik filler membolehkan kita menggantikannya semula dan kulit kelihatan lebih hidrat.
Hubungi kami:

Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Tel: Dr lin  013-6865869
Wahida 013-6922377
Wani 010-3518484

Marissa Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam. Selangor
Tel: Nora 019-4411484
 Ida 013-3881353

Marissa Aesthetic Kuantan
No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
25200 Kuantan, Pahang
Tel: Miza 013-8151484
Munirah 017-3893615

Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: Misha 013-7441484
Najad 013-5881484

Marissa Aesthetic Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: Dr Helina 013-2281353 
Hidayah 017-6415964

Marissa Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang, 
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: Puan Hana 013-9851484
Zeti 013-3880987

Marissa Aesthetic Senawang
42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya,  Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: Ida 013-8011484
Sue 017-3894748
Hanim 012-5451484

SOHO Kedah
B-2-3, Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.
Tel: Husna 019-4701719
Syaz 017-2321329

Marissa House JB (tmn Dato Onn) 
No 8 Jalan Perjiranan 12/15, Perjiranan 12,
Bandar Dato Onn 
81100 Johor Bahru
Tel: Liza 019-6361484

  • Share:

You Might Also Like

0 comments