Miss.M
berjumpa doktor kerana mengalami masalah obesiti. Dia mahu mengurangkan berat
badan yang meningkat sehingga 90 kg. Doktor mencadangkan program pengawalan
makanan dan juga ubat-ubatan bagi merangsang rasa kenyang dengan cepat. Menurut
doktor ini merupakan langkah saintifik yang digunakan di seluruh dunia. Selepas
dua minggu makan ubat dan mengawal pemakanan,Miss.M mula kehilangan berat
badan. Dalam tempoh sebulan berat badannya mengurang sebanyak 10 kg dan
semestinya dia gembira.Bagaimanapun pada bulan kedua, tiada sebarang pengurangan
menyebabkan Miss.M mula risau. Sebulan selepas itu Miss.M berhenti makan ubat
kerana jemu dengan keadaannya yang tidak berubah. Tambahan pula dia diberitahu
ubat yang dimakan mempunyai kesan tidak baik kepada kesihatan. Beberapa bulan
selepas itu, Miss.M mengalami kenaikan berat badan berganda. Tubuhnya berasa
lemah dan mukanya kelihatan sembap. Dia kecewa dan hairan dengan keadaan
tubuhnya yang tidak memberi sebarang reaksi terhadap rawatan dan ubat-ubatan.
Dia melihat beberapa rakannya yang memakan ubat dan pengawalan makanan menjadi
kurus dan cantik.
Mengapakah
sukar untuk kurus? Mengapakah seseorang itu tetap gemuk meskipun berdiet dan
mengamalkan senaman? Apakah yang terjadi?
Setelah
mendengar cerita Miss.M saya menyatakan kepadanya bahawa dia mengalami masalah
refraktori obesiti yang bermaksud seseorang itu tidak berjaya menjadi kurus
semula. Diet senaman dan ubat-ubatan tidak dapat membantu menurunkan berat
badan. Mangsa refraktori obesiti akan menjadi lebih gemuk setelah menjalani
rawatan pelangsingan. Mereka juga mempunyai tenaga yang lemah dan mudah murung.
Keadaan kulit mereka kasar dan kurang menarik. Senaman juga membuatkan mereka
lemah dan semakin gemuk. Kanak kanak yang mengalami refraktori obesiti juga
menjadi kurang bermain dan mudah menyendiri. Perkara ini perlu diberi perhatian
oleh ibu bapa kerana jika tidak ditangani bakal menjadi lebih serius.
Kesan refraktori obesiti terhadap tubuh badan
*
Tulang mengecil dan merosot terutamanya tulang pada muka. Ini menyebabkan muka
kelihatan bulat dan sembap.
*
Kekejangan otot.
*
Berisiko mendapat penyakit metabolik.
*
Mudah letih.
*
Mata mengecil dan tampak sepet
*
Cepat lapar
*
Tidak mampu bersenam
*
Masalah haid tidak menentu bagi wanita
Rawatan
Tidak
ada kaedah diet dan senaman yang mampu memberi kesan terhadap masalah ini. Ini
kerana masalah refraktori obesiti disebabkan kekurangan enzim dan hormon
pembakar lemak. Oleh kerana itu pengidap refraktori obesiti berdiet sepanjang
tahun malah bertahun-tahun lamanya tanpa sebarang kesan.
Rawatan
yang terbaik adalah meningkatkan paras enzim dan hormon. Di Marissa Esthetic
misalnya rawatan yang penting adalah terapi enzim yang merangsang
ketosis.Selain itu senaman menggunakan otot yang menyokong tubuh kita iaitu
core muscle excersize bukan sahaja tidak memenatikan malah mampu menjana fungsi
metabolik dengan berkesan.
Masalah
*
Masalah lemak pada bahagian depan tubuh iaitu pada buah dada, ketiak, perut
termasuk lengan.
Lemak
yang berkumpul pada bahagian ini disebabkan faktor hormon yang tidak seimbang.
Dalam tubuh wanita terdapat hormon yang penting iaitu estrogen dan progestron.
Kehadiran kedua-dua hormone ini perlu seimbang. Apabila estrogen terlalu banyak
maka akan berlaku ketidakseimbangan. Estrogen cenderung untuk mengumpulkan
lemak pada perut dada lengan dan ketiak. Mereka yang mengalami masalah ini
berasa cepat letih. Mereka juga sukar memakai korset atau pakaian ketat kerana
saiz badannya lebih besar apabila waktu petang atau malam. Korset yang dipakai
terasa seolah-olah semakin ketat di sebabkan perkara ini. Sebenarnya tubuh
mereka menyimpan air yang banyak. Pendekatan menangani obesiti haruslah dibuat
menerusi pelbagai aspek kerana mengawal makan sahaja bukanlah penyelesaiannya. Selepas
rawatan barulah doktor mengenalpasti makanan yang sesuai dengan komposisi tubuh
seseorang. Ini membuatkan seseorang itu lebih mudah menjaga dirinya bagi
mengelakkan stimulasi hormon cortisol dan estrogen. Perubahan gaya hidup juga
penting iaitu dengan menjauhi ketegangan dan bijak menghadapi tekanan dalam
kehidupan seharian.
*
Pengumpulan lemak pada muka.
Masalah
pengumpulan lemak pada muka dan belakang leher. Biasanya tangan dan kaki adalah
agak kecil. Perut mungkin membesar sedikit dan terdapat banyak kesan rekahan.
Rekahan ini dinamakan striae. Sekali pandang ia kelihatan striae pada perut
wanita hamil. Mereka mempunyai muka yang bulat, dagu berlapis dan selalunya
bertubuh rendah
*
Pengumpulan lemak pada punggung.
Lemak
hanya berkumpul pada punggung sahaja. Bahagian atas tubuh kecil, muka juga
kecil dan comel. Ini berlaku kerana keaktifan hormon gonadal yang tinggi dan
merangsang tubuh menyimpan lemak pada punggung. Perkara ini berlaku bagi lelaki
dan wanita. Mereka yang mengalami masalah ini disaran mengambil hormon bloker
dan juga mengelak daripada mengambil makanan seperti organ dalaman haiwan yang
kaya dengan hormon tersebut.
*
Pengumpulan lemak pada perut dan pinggang.
Bagi
lelaki ini berlaku disebabkan kekurangan hormon seks lelaki iaitu testosterone
serta kemerosotan dalam aktiviti hormon GH. Tubuh jenis ini berisiko mendapat
kencing manis kerana masalah insulin yang tidak efektif. Sel-sel dalam tubuhnya
tidak efektif terhadap insulin menyebabkan insulin di keluarkan dengan banyak.
Kesan insulin yang banyak akan membuatkan gula dalam tubuh rendah dan tenaga
menjadi lemah. Mereka juga kerap berasa lapar dan kerap makan menyebabkan berat
badan bertambah.
Informasi lanjut berkaitan terapi enzim @
Untuk penerangan dengan lebih lanjut sila hubungi kami!!
Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Tel: Dr lin 013-6865869
Wahida 013-6922377
Wani 010-3518484
Marissa Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam. Selangor
Tel: Nora 019-4411484
Ida 013-3881353
Marissa Aesthetic Kuantan
No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
25200 Kuantan, Pahang
Tel: Miza 013-8151484
Munirah 017-3893615
Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: Misha 013-7441484
Najad 013-5881484
Marissa Aesthetic Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: Dr Helina 013-2281353
Hidayah 017-6415964
Marissa Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang,
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: Puan Hana 013-9851484
Zeti 013-3880987
Marissa Aesthetic Senawang
42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya, Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: Ida 013-8011484
Sue 017-3894748
Hanim 012-5451484
SOHO Kedah
B-2-3, Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.
Tel: Husna 019-4701719
Syaz 017-2321329
Marissa House JB (tmn Dato Onn)
No 8 Jalan Perjiranan 12/15, Perjiranan 12,
Bandar Dato Onn
81100 Johor Bahru
Tel: Liza 019-6361484
0 comments