Hubungkait antara Enzim dan Obesiti

By Marissa Aesthetic - 24 July

PENEMUAN saintis menunjukkan hubungkait hormon dan obesiti.

PUAN Anita(bukan nama sebenar) berjumpa saya kerana anaknya mengalami obesiti. Anak gadisnya yang berusia 18 tahun mempunyai berat badan hampir 100kg. Menurut Puan Anita anak gadisnya yang bernama Farah(bukan nama sebenar) sukar menurunkan berat badan meskipun mencuba berkali kali. Farah merupakan anak sulung yang bakal menjejakkan kaki ke menara gading tidak lama lagi. Dia berasa tertekan dengan keadaan itu dan mahukan satu penjelasan mengapa berat badannya tidak turun meskipun telah berusaha keras mengurangkan makan dan berdiet. Wajah nya bulat dan lemak menggeleber di bawah dagu. Bahagian belakang tubuhnya juga berlemak dan lengan nya menjadi terlalu besar. Ini membuatkan anak gadis itu berasa kurang yakin dengan penampilan dirinya. Pakaiannya setiap hari adalah baju T besaiz besar dan jeans lusuh. Sebagai gadis remaja dia ingin berbaju cantik namun apakan daya penyakit obesiti yang menyerang membuat dia tidak dapat menikmati zaman remaja dengan maksimum.

Puan Anita mengajak Farah berjogging bagi menguruskan badan namun Farah berasa terlalu letih. Setiap langkah terasa berat dan sukar sehinggakan akhirnya Farah membuat keputusan untuk berhenti bersenam. Anehnya apabila dia berehat dia tidak merasa hilang keletihan itu. Akibatnya Farah gemar berbaring sahaja sambil membaca atau menonton televisyen.

Apabila Puan Anita cuba berbincang, Farah enggan mengulas lanjut lagi tentang masalah obesiti. Dia seakan akan sudah putus asa. Dia mula berubah menjadi murung dan sensitif dengan kritikan serta teguran terhadap tubuh badannya.

Pada suatu hari Puan Anita ternampak Farah menjamah makanan pada tengah malam. Farah memberi alasan bahawa dia tersangat lapar. Dia tidak dapat membendung rasa lapar. Apabila makan dia berasa bertenaga dan kenyang hanya selama beberapa jam. Selepas itu keinginan untuk makan muncul semula dan dia sukar menahannya.

Dalam rawatan obesiti, simptom simptom sebegini adalah fenomena yang melanda mereka yang mempunyai kadar metabolik rendah

Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak cantik disebabkan oleh kehadiran air yang banyak di bawah kulit. Air ini merupakan sejenis bahan berlendir dan berlemak juga. Ia hadir di bawah kulit membuatkan kulit tampak sembap dan tidak bercahaya. Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan mereka hilang kecantikan yang dimiliki. Oleh kerana simpanan air yang banyak mereka ini kurang minum air. Mereka juga tidak selesa dalam cuaca panas dan tidak tahan cuaca terlalu sejuk juga. Tubuh mereka sukar mengadaptasi perubahan cuaca.

Wajah seseorang yang obes hampir sama bentuknya. Ini di sebabkan faktor hormon yang mengumpulkan lelemak pada pipi dan leher. Hal ini membuatkan mereka kehilangan bentuk wajah asal dan kelihatan hampir serupa. Apabila kurus semula barulah mereka mendapat kembali kecantikan wajah yang hilang akibat lemak itu.

Rawatan meningkatkan metabolisme memerlukan komitmen yang tinggi. Di Marissa Aesthetic kunci utama kejayaan kami dalam menurunkan berat badan pelanggan adalah kefahaman yang jelas mengenai proses metabolik. Apabila pelanggan mendapat kefahaman yang jelas dia akan berusaha mengubah corak kehidupan sebagaimana yang disarankan. Langkah pertama adalah mengubah persepsi dan kefahaman terhadap pemakanan. Apabila pelanggan faham maka mereka tidak membenci makanan sebaliknya hati mereka menjadi tenang kerana masalah sebenar bukanlah di sebabkan pemakanan. Masalah sebenar adalah mereka tidak mempunyai hormon dan enzim yang mencukupi bagi menukarkan makanan kepada tenaga. Kerana itulah mereka keletihan dan tubuh menjadi lemah. Apabila seseorang makan dan minum, makanan itu akan di tukarkan kepada tenaga kepada empat bahagian tubuh iaitu otot, otak hati dan sel lemak. Makanan tiba pada sel otot bertukar kepada tenaga yang membolehkan pergerakan dan aktiviti fizikal tubuh kita. Apabila tiba ke otak pula ia bertukar kepada tenaga menghasilkan neurotransmitter bagi otak kita. Begitu juga apabila ia tiba pada hati. Di hati pelbagai proses penghasilan protein berlaku. Hati dianggap sebagai kilang menghasilkan protein yang diperlukan oleh tubuh kita. Makanan juga akan tiba ke lemak tubuh dan bergabung membentuk simpanan lemak yang digunakan kembali semasa tubuh kita memerlukannya. Masalah obesiti terjadi kerana proses penggunaan tenaga terganggu. Sebaliknya semua makanan yang dimakan hanya menjadi lemak dalam tubuh sahaja.

Dengan terapi enzim dan hormon proses metabolik akan berjalan lancar semula. Dengan itu golongan yang bermasalah akan dapat menurunkan berat badan dengan mudah.

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>
https://www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ/
https://www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ/
LIHAT TESTIMONI KAMI
Klik >>>> http://on.fb.me/18ihW1j
Klik sini untuk testimoni >>>
http://on.fb.me/18ihW1j
Video korporat kami >> http://bit.ly/1uHL4cE
Website: http://marissa-esthetic.com/
www.marissaslimway.com
www.mencenter2u.com

Hubungi rangkaian Marissa Aesthetic atau kunjungi kami

Marissa Aesthetic Semenyih (HQ)
No 26-1, Jalan Semenyih Sentral 4,
Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
Hotline 03-87234808 /013-2448484

Marissa Aesthetic Shah Alam
No G41 Laman Seri Business Park Jalan Persiaran Sukan Seksyen 13,
40100 Shah Alam. Selangor
Hotline 03-55233505/013-3881353

Marissa Aesthetic Kuantan
No 48A, 1&2 Floor, Jalan Putra Square 2, Chinatown Putra Square.
 25200 Kuantan, Pahang
Tel: 09-5315652/017-3894748

Marissa Aesthetic Bandar Baru Bangi
D09-02 Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat, Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89289334/013-3351353

Marissa Aesthetic Melaka
No 86, Jalan Lagenda 5, Taman 1 Lagenda, 75400 Melaka
Tel: 06-2884843/013-2281353

Marissa Aesthetic Kelantan
Level 21-AA-208 D’Perdana Sri Cemerlang, 
Lot 319 Seksyen 27, Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bahru, Kelantan
Tel: 013-388 0987

Marissa Aesthetic Senawang
42-2A, Tingkat 1, Perniagaan Senawang Jaya,  Senawang
 70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-6753707/013-8861484

SOHO Kedah
B-2-3, Condo 900,Jalan Golf and Country Club 06000 Jitra, Kedah.

Tel: 04-9161878/019-470171

  • Share:

You Might Also Like

0 comments